Saturday, November 1, 2008

KPEB 2122

Epidemiologi
-kajian tentang agihan dan unsure-unsur penyakit serta kecederaan dikalangan penduduk

Epidemiologi Diskritif
-mengkaji taburan penyakit dan menjawab soalan siapa dimana dan bila
-penting untuk membolehkan kita mengenalpasti kump org yg punyai rsiko utk dapat sesuatu penyakit, tentukan magnitude atau saiz masalah kesihatan dan buat cadangan untuk hipotesis untuk kajian analtis
-kajian frekuensi dan taburan

Epidemiologi Analitis
-digunakan untk tentukan faktor etiologi
-ujian trhdp hipotesis dilakukan samada secara keratin rentas, kes kawalan atau kohort
-ujian ini dpt menjawab mengapa penyakit berlaku
-dgn pengetahuan ini sesuatu program kesihatan dpt diubahsuain atau dimulakan dengan berkesan
-kajian faktor penentu

Epdemiolgi Eksperimental
-amat berguna dalam menentukan keberkesanan sesuatu ubat,tatacara,ujan saringan atau program kemasyarakat
-merupakan kajian faktor penyebab dgn hubungan percubaan yg dilakukan secara pencegahan atau rawatan

Epidemik
Berlaku atau timbulnya suatu penyakit yang lebih daripada kadar biasa

Endemik
Satu-satu penyakit yang sentiasa ada / didapati di suatu kawasan tertentu

Pandemik
Suatu penyakit yang merebak keseluruh dunia dan menyebabkan ramai yang dijangkitinya. Contohnya AIDS

Perumah
-organisma samada ringkas atau kompleks termasuk manusia yang boleh dijangkiti oleh agen tertentu

Perumah Primer
-perumah tempat parasit mencapai peringkat kematangan atau peringkat seksual

Perumah Sekunder
-perumah tempat parasit wujud dlm peringkat larva atau peringkat aseksual (tiada jantan/betina/belahan)

Perumah Kebetulan
-perumah yg tidak mempunyai peranan dlm penularan atau pembiakan agen infeksi

Konsep ice-berg
-secara kiasan bahawa yang ditahu hanya sedikit sahaja daripada yang sebenarnya

Spektrum Penyakit
-acara@turutan tndakbalas yg berlaku di dlm manusia dr masa pendedahan agen2 penyebab hingga kepada penyembuhan atau kematian

Penyakit berjangkit
Suatu penyakit yang disebabkan oleh satu agen infeksi yang tertentu atau keluaran bahan toksin yang seterusnya menyebabkan penyakit tersebut merebak kepada orang yang berada di persekitarannya

Kes
-Orang yang telah dijangkiti penyakit

Kes Disyaki
Mempunyai sejarah semulajadi (perubatan), mempunyai tanda dan gejala penyakit berjangkit tetapi belum disahkan oleh laporan makmal

Masa kereaktifan
-masa apabila pathogen boleh berpindah secara terus darpada pesakit kepada org yang sihat

Kontaminasi
-kehadiran pathogen di atas tubuh, pakaian, makanan dan lain2



Disinfeksi Konkuren
-tindakan membunuh pathogen secara secepat mungkin atas bahan keluaran daripada badan si pesakit

Disinfeksi terminal
-kerja2 menghapuskan pathogen yg dijalankan selepas masa kereaktifan

Pembersihan
-penghapusan pathogen dengan bahan kimia

Agen infeksi
Suatu organisma samada virus, rickettsia, bakteria, fungi, protozoa dan helminth yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia

Infeksi/Jangkitan
Serangan pada tubuh oleh organisma yang berbahaya kepada manusia dan haiwan yang seterusnya melemahkan sistem keimunan dalaman





Masa pengeraman ( incubation period )
Tempoh masa yang diperlukan untuk kuman penyebab penyakit dari mula-mula memasuki tubuh sehingga timbul gejala dan tanda penyakit tersebut

Pembawa/Carrier
Manusia atau binatang yang dijangkiti oleh agen infeksi tanpa tanda dan gejala penyakit itu serta berpotensi membawa atau menjadi punca penyakit

Penyakit berjangkit )
Kejadian sesuatu penyakit akibat ketidakseimbangan antara agen penyakit, perumah dan persekitaran

Kontek
Individu atau binatang yang berada dalam sesuatu kawasan ( persekitaran yang tercemar ) dan berkemungkinan terjangkit daripadanya





Morbidity
Keadaan berpenyakit. Kadar morbidity ialah bilangan kes sesuatu penyakit yang berlaku dalam bilangan populasi yang dinyatakan dan biasanya diberikan sebagai kes-kes
per 100 000 atau perjuta penduduk

Mortaliti
Adalah kematian yang berlaku dalam sesuatu populasi disebabkan oleh penyakit

Kadar Mortality
Kadar kematian yang berlaku dalam sesuatu kawasan disebabkan oleh penyakit yang berlaku

Kadar Mortalilti Bersalin
Kematian ibu-ibu berpunca daripada komplikasi mengandung melahirkan anak atau pueperium setiap 1000 kelahiran hidup

Kadar Mortaliti Perinatal
Bilangan kelahiran mati dan bilangan kematian berumur kurang daripada 7 hari setiap 1000 jumlah kelahiran

Kadar Mortaliti Kanak-kanak
Bil kematian kanak-kanak berumur 1-4 tahun setiap 1000 penduduk berumur 1-4 tahun di pertengahan tahun

Kadar Fataliti Kes
Mengukur berapa teruk /risiko kematian dalam masa tertentu untuk individu yang menghidap penyakit tertentu


Disinfeksi
Proses untuk menghapuskan semua mikrob tetapi tidak termasuk sporanya

Kuarantin
Menghadkan pergerakan seseorang atau binatang yang sihat dari terdedah kepada penyakit berjangkit itu semasa proses pengeraman dalam pesakit tersebut. Ini juga bagi mengelakkan kontek dengan orang-orang sihat daripada terdedah kepada jangkitan

Pengasingan
Pengasingan punca jangkitan dari orang lain untuk satu tempoh supaya dapat mencegah atau mengurangkan jangkitan secara langsung atau tidak langsung kepada perumah

Insiden
Kes penyakit spesifik yang didiagnos atau dilaporkan dalam satu tempoh masa

Prevalen
Jumlah orang yang sakit atau menunjukkan satu keadaan di dalam satu populasi pada masa yang etrtentu

Pewasapan
-satu proses membunuh vector dengan menggunakan bahan kimia yg kuarkan wap

Pengasapan
-satu proses membunuh arthropoda dengan mgunakan bhan kima dalam bentuk asap

Statistik
-suatu kaedah saintifik untuk mengumpul,menyususn,meringkas,mempersembahkan, menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan berdasarkan hasilpenganalisisan data tersebut

Statistik Perihalan (deduksi)
-data dikumpul,dirigkas,dan dibentangkan dlm bentuk yg mudah difahami dan sesuai digunakan.maklumat dipersembahkan menggunakan carta,graf jadual

Statistik Inferensi
-kaedah yang melibatkan membuat rumusan atau kenyataan ke atas populasi berasakan maklumat yg didapati daripada sampel
-tentukan sejauh mana keputusan boleh diterima bergantung kepada teori kebarangkalian


Populasi
Keseluruhan kumpulan orang,objek atau barang dikaji

Sampel
-satu kumpulan kecil yang dipilih daripada populasi
-sampel dipilih untuk mewakili populasi

Data Primer
-data mentah yang dikumpul oleh penyelidik sendri
-dikumpul melalui kaedah pemerhatian,temuduga atau kaji selidik

Data Sekunder
-data yang digunakan oleh mereka yang selain daripada pegumpul data itu sendiri
-sumber ; laporan tahunan, rencana

Pembolehubah
-ciri2 ahli ppulasi yang dikaji
-cth; umur,pendapatan,badan,jantina,taraf perkahwinan, jumlah pendapatan,jumlah undi

Pembolehubah Kualitatif
-pembolehubah yang tidak dinyatakan dalam bentuk nombor
;jantina,keturunan,gred

Pembolehubah Kuantitatif
-pembolehubah yang dinyatakan dalam bentuk nombor
;tinggi,berat,gaji

Pembolahubah Kuantitatif Diskret
-pembolehubah kuantitatif yang mengambil nombor bulat atau berselang
;bil pelatih sakit, saiz kasut

Pembolehubah Kuantitatif Selanjar
-pembolehubah yang mengambil nombor2 sahih
-diperolehi dgn cara mengukur dan boleh ambil nomber perpuluhan atau pecahan
;tinggi seseorang,berat badan

Data Selanjar
-set data yag diperolehi secara mengukur.ukuran bersifat bersambungan dan boleh mengambil sebarang nilai termasuk nilai negatif

3 comments:

Niesa said...

ni taip sendiri ker? rajinnya ... anyway.. thanks

joyz said...

thAnks itZ vEry uSefuL..

Unknown said...

terima kasih super senior