Saturday, November 1, 2008

Pengenalan Kepada Epidemiologi
- Perkataan Epidemiologi berasal daripada perkataan Yunani.
"EPI" bererti berkenaan.
"DEMOS" bererti orang.
"LOGOS" bererti ilmu.
Definasi
“Epidemiologi" boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang agihan dan unsur-unsur penyakit serta kecederaan di kalangan penduduk.
Sejarah Perkembangan
- Dari sudut sejarah, hubungan penyakit dan persekitaran telah dikaji sejak zaman Sebelum Masihi lagi(BC).
- Hippocrates (460 - 377 Sebelum Masihi) telah cuba menerangkan hubungan penyakit dan persekitaran.
- John Graunt, seorang pekedai barang-barang keperluan pakaian (haberdasher) British pada 1662 menggunakan perangkaan dalam analisa laporan kematian dan kelahiran.
- Beliau menunjukkan kepentingan mengumpul data-data secara rutin untuk memahami kejadian penyakit dan mewujudkan asas bagi epidemiologi moden.
- William Farr, seorang pakar perubatan British(physician) British(1839) bersependapat dengan John Graunt bahawa data-data mengenai masyarakat boleh menghasilkan banyak maklumat tentang penyakit manusia.
- Beliau memperkenalkan sistem pendaftaran kematian(bil. ,sebab-sebab, pekerjaan, jantina dll) secara rutin.
- Beliau mula menyumbang kepada kefahaman tentang frequaensi dan penyebaran(distribution) penyakit dan kematian.
- John Snow, juga seorang pakar perubatan British(antara 1849 -1854) melengkapkan ciri-ciri epidemiologi dengan mengkaji wabak taun di London dan menguji hipotesis punca wabak tersebut.
- Florence Nightingale, seorang jururawat British memperkenal reformasi dalam bidang penjagaan kesihatan melalui kegunaan perangkaan.
Komponen dalam Epidemiologi
- Merangkumi dua(2) aspek :
> Pertama merangkumi kaedah epidemiologi dalam penentuan penyebab penyakit, taburan dan faktor yang mempengaruhinya.
> Kedua ialah aspek kawalan dan pencegahan penyakit.
Epidemiologi Diskritif
• Mengkaji taburan penyakit dan menjawab soalan “siapa, bila dan dimana?”
• Pengetahuan ini penting untuk membolehkan kita mengenalpasti kumpulan orang yang mempunyai risiko untuk mendapat sesuatu penyakit,menentukan magnitude atau saiz masalah kesihatan dan membuat cadangan untuk hipotesis untuk kajian analitis.
• Kajian frequensi dan taburan.
Epidemiologi Analitis
• Digunakan untuk menentukan faktor etiologi dan faktor risiko penyakit.
• Ujian terhadap hipotesis dilakukan sama ada secara keratan rentas, kes kawalan atau kohort.
• Ujian ini dapat menjawab pertanyaan “mengapa” penyakit itu terjadi.
• Dengan pengetahuan ini, sesuatu program kesihatan dapat diubahsuaikan atau dimulakan dengan berkesan.
• Kajian faktor penentu.
Epidemiologi Eksprimental
• Amat berguna dalam menentukan keberkesanan sesuatu ubat,tatacara, ujian saringan atau program kemasyarakatan.
• Merupakan kajian faktor penyebab dengan hubungan percubaan yang dilakukan secara pencegahan atau rawatan.
Konsep-konsep Epidemiologi(dalam penyakit)
• Penyakit terjadi akibat ketidakseimbangan antara agen, perumah dan persekitaran.
• Keseimbangan ini bergantung pada sifat agen dan perumah.
Klasifikasi faktor-faktor yg. menyumbang kepada kehadiran penyakit dalam manusia.
• Agen- Bahan biologi, fizikal atau kimia yang sama ada kehadiran atau ketiadaannya dapat menyebabkan penyakit.
• Misalnya, kehadiran Vibrio cholerae pada orang yang rentan(mudah mdapat) dapat menyebabkan penyakit kolera.
- Agen Biologi
Protozoa
Bakteria
Virus
Riketsia
Fungus
- Agen Kimia
• Pestisid
• Bahan Tambahan Makanan
• Ubatan
• Kimia industri
• Alergen
Agen fizikal
• Haba
• Cahaya
• Sinaran Ion
• Bunyi
• Objek
Host (perumah)
• Organisma, sama ada ringkas atau kompleks (termasuk manusia), yang boleh dijangkiti agen tertentu.
• Ciri perumah yang mempengaruhi kejadian dan taburan penyakit ialah umur, jantina, etnik, status sosioekonomi, status perkahwinan, penyakit yang lalu dan pemakanan.
a.Perumah primer (definitif)
• Perumah tempat parasit mencapai peringkat kematangan atau peringkat seksual.
b.Perumah sekunder (perantaraan)
• Perumah tempat parasit wujud dalam peringkat larva atau peringkat aseksual.
c.Perumah Kebetulan(aksidental)
• Perumah yang tidak mempunyai peranan dalam penularan atau pembiakan agen infeksi.
• Persekitaran
• Semua keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan organisma.
• Dibahagi kepada persekitaran fizikal seperti iklim dan keadaan geologi, biologi spt. Permakanan,takungan penyakit serta vektor penyakit.
• Dan sosioekonomi spt. Pekerjaan, kelas sosial dan adat resam.
Interaksi antara agen, host dan persekitaran.
• Sakit dan sihat pada individu atau komuniti bergantung pada faktor-faktor agen, host dan persekitaran.
• Dalam keadaan sihat, faktor agen, perumah dan persekitaran berada dalam keadaan keseimbangan.
• Perubahan pada sifat agen, perumah atau persekitaran akan mengancam keseimbangan ini dan akan menyebabkan penyakit.
Konsep “iceberg”
• Kebiasaannya digunakan sebagai" the tip of the iceberg" yang bermakna secara kiasan (figuratively) bahawa yang di tahu itu hanya sebahagian kecil daripada yang sebenarnya (Kamus Inggerris/Melayu Dewan, 1992).
Spektrum penyakit.
• Spektrum penyakit bermaksud acara@turutan tindakbalas yang berlaku di dalam manusia dari masa pendedahan kepada agen-agen penyebab hingga kepada penyembuhan atau kematian.
Ciri-ciri Epidemiologi
• 6.1. Kajian Kuantitatif
• 6.2. Taburan
Masa(jam, hari, musim)
Manusia(jantina, bangsa, umur)
Tempat
• 6.3. Faktor Penentu
Agen
Perumah
Persekitaran
• 6.4. Tindakan kawalan/pencegahan
• 6.5. Kelompok manusia/masyarakat
• 6.6. Takungan infeksi
• 6.7. Pembawa
• 6.8. Mekanisma transmisi infeksi
Kegunaan Epidemiologi
• i. Menentukan etiologi atau faktor penyebab penyakit tertentu.
• ii. Mengenalpasti kumpulan atau orang(populasi) yang mempunyai risiko untuk mendapat sesuatu penyakit.
• iii. Melihat perubahan akibat sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.
• iv. Merancang untuk keperluan masa kini dan meramalkan keperluan akan datang.
• v. Menilai langkah-langkah pencegahan, terapi dan intervensi.
• vi. Menyiasat sesuatu wabak.
• vii. Diagnosa komuniti dan merancang.
• viii. Untuk melengkapkan gambaran klinikal.
TERMINOLOGI EPIDEMIOLOGI
Spektrum Penyakit
Adalah turutan acara atau tindak balas yang berlaku didalam manusia dari masa terdedahnya kepada agen penyebab hingga ke kematian.
Spektrum Penyakit (Umum):
Spektrum penyakit berjangkit
Inapparent Infection : - penting; menyebabkan transmisi jangkitan walaupun tiada tanda/gejala penyakit. - ukuran sebenar jangkitan / imuniti dalam penyakit tertentu
Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kehadiran penyakit dalam masyarakat:
3.1. Agen:
· Agen biologi
· Nutrien ( pemakanan )
· Bahan kimia
· Fisikal
· Mekanikal
· Takungan infeksi (reservoir)

3.2. Hos :
· Umur
· Jantina (sex)
· Saiz keluarga
· Status mental
· Ugama / kepercayaan
· Pekerjaan
· Bangsa
· Habits
· Adat
· Daya tahanan (imuniti)
Persekitaran :
· Udara (asap, jerebu, gas beracun)
· Tempat kediaman / kerja
· Bencana alam (peperangan, gunung
berapi, hujan asid)
· Bekalan air minum dan pembuangan air
kumbahan
· Pembangunan
· Ekonomi
· Sosial
· Perubahan suhu (panas / sejuk)
Pencemaran (air, udara, makanan
Menerangkan interaksi antara Agen, Hos dan Persekitaran
Keseimbangan antara agen, hos dan persekitaran
Ketidakseimbangan antara agen, hos dan persekitaran.

Peranan Takungan (Reservoir) dalam transmisi Infeksi
Definisi Takungan
Mana-mana manusia, binatang, antropods, tumbuhan, tanah dimana agen infeksi hidup dan membiak dan bergantung untuk hidup dan berganda didalamnya bertujuan untuk ditransmisikan pada hos yang sesuai pada keadaan yang tertentu.

Jenis-jenis takungan
· Manusia: kes sebenar, infeksi
subklinikal, pembawa
· Binatang : zoonosis
· Lain-lain : Histoplamosis (tanah)
Cara-cara infeksi keluar dari takungan:
· Saluran penghadaman (muntah,
cirit-birit)
· Saluran pernafasan
· Saluran urinari
· “Open lesions”
· Secara mekanikal (pendermaan darah)
· Perantaraan (vektor)
Pembawa:
· Manusia atau binatang yang
mengeluarkan agen infeksi yang spesik
dan tidak menunujukkan sebarang tanda-
tanda penyakit klinikal,
· bertindak sebagai punca agen infeksi,
· peringkat pembawa mungkin kekal dalam
seseorang individu melalui proses sejarah
semulajadi.
· Boleh bertukar dan menunujukkan tanda-
tanda penyakit.
Jenis-jenis Pembawa:
· Pembawa sihat ( asymptomatic)
· Kronik
· Temporary/transient
· Incubatory
· Convalescent
Mengenalpasti klasifikasi mekanisma transmisi:
Definisi transmisi: Berbagai mekanisma dimana agen sampai ke hos dan infeksi berlaku.
Proses transmisi:
· Agen infeksi
· Takungan infeksi
· Agen / orgamisma keluar /
terlepas dari reservoir
· Menghampiri hos yang sesuai
· Memasuki kedalam hos
· Hos yang sesuai
Klasifikasi mekanisma transmisi:
· Transmisi secara terus “direct’
- Secara sentuhan (cium, hubungan
jenis)
- Secara projeksi (droplet spread )

Transmisi secara ‘indirect’
- Melalui perantaraan / ‘vehicle’ ( pencemaran objek): contoh Formites (baju, selimut, surgical dressing; makanan (susu); hasil biologikal (serum, plasma).
- Melalui vektor : Mekanikal atau biologikal ( berlaku pengandaan dalam vektor); kitaran hidup.
- Melalui udara : droplet, habuk
- Secara ‘Transplacental’
Ibu ke anak ( malaria, syphilis, HIV/AIDS)
Transmisi secara ‘indirect’
· Secara ‘Percutaneous’
Infeksi transmisi melalui kulit (contoh: gigitan serangga, melalui suntikan jarum, melalui luka).

Membandingkan Kejadian Penyakit
Kaedah
2. Perkadaran
Perkadaran menunjukkan hubungan sebahagian perkara daripada keseluruhan.
Pembilang(numerator) merupakan sebahagian daripada penyebut(denumerator)
E.g. Jumlah rumah positif
Indeks Rumah = Aedes agypti x 100
Jumlah rumah
diperiksa
Selalu dinyatakan dalam bentuk X x 100%
Y
3.Kadar
Menunjukkan keberangkalian terjadinya sesuatu peristiwa pada populasi berisiko dalam masa tertentu.
Jumlah Kematian Kanak-kanak
Kadar Kematian = 1 - 4 tahun
kanak - kanak Jumlah kanak-kanak 1 – 4 tahun
pada masa tertentuk
Selalu dinyatakan dalam bentuk,
x x k
y
Dimana x = Bil. Peristiwa atau kes
y = Jum. Populasi
k = Pemalar ( 10, 100, 1000, 10 000)
Ada kadar populasi sukar ditentukan.
Bagi mengatasi masalah ini, populasi yang ada kaitan dgn. populasi berisiko digunakan.
E.g. Jumlah Kematian ibu
Kadar Kematian Ibu = x k
Jumlah kelahiran hidup
pada masa ditentukan
Kadar ini disebut kadar palsu(pseudorate)
Jenis-jenis kadar
Terbahagi kpd. 3 jenis.
i. Kadar kasar
ii. Kadar yang dipiawaikan
iii.Kadar khusus
Kadar kasar
Kadar yang dipiawaikan
Juga kadar ringkasan dan rekaan .
Ia menyeimbangkan perbezaan pada populasi berisiko(dari segi umur dan jantina supaya kadar itu boleh dibandingkan).
Kadar khusus
Kadar yang dikira untuk setiap peringkat populasi.
Ia memerlukan maklumat tentang komposisi pupulasi sesuatu tempat.
E. g. kadar kematian bayi, kadar kematian khusus penyakit Malaria.

No comments: